Sunday, July 11

Majlis perkahwinan

bersama rakan baik, Hanapiah sebelum majlis

Sabtu lepas, kami sekeluarga telah menghadiri majlis pernikahan & perkahwinan anak lelaki Hanapiah, Azammudin di sebelah rumah perempuan di Gelang Patah, Johor Bahru. Majlis perkahwinan di sebelah lelaki pula akn berlangsung pada 17 Julai ini. Semoge majlis yang akan datang dapat berjalan dengan lancar dengan jayanya.



Kenduri tahlil dan kesyukuran

Alhamdulillah. Akhirnya saya dan keluarge dapat mengadekan jua majlis tahlil serta kesyukuran setelah lama merancang. Majlis ini diadekan pada 25 Jun yang lalu dan berempat di kediaman kami sendiri. Dihadiri oleh ahli keluarge, orang masjid serta jiran tetangge.









Terima kasih kepade mereka yang sudi menghadiri majlis yang tak seberapa ini. Semoge kite semua sentiase dirahmati Allah S.W.T selalu. Amin.

Kejutan daripada keluarge

Pada 20 Jun yang lepas, Bahrom & Julia telah mengadakan jamuan makan di rumahnye di Kg.Jawa. Semue ahli keluarge dijemput hampir. Begitu juge dengan keluarge saye. Pelbagai juadah telah disediakan buat kami semua. Kebetulan, pada hari tersebut ialah Hari Bapa. Oleh itu, keluarge saye telah membeli sebiji kek untuk semua pak cik yang telah bergelar bapa. Selapas itu, acare memotong kek beramai-ramai.


Namun, kejutan juge terus diberikan buat saye oleh anak-anak dengan memberikan sebuah kotak kek kepada saye selepas memotong kek. Inilah kejutan diberikannya......................




Terima kasih kerana menghargai Abah selama nie. Jangan lupe doakan kesejahteraan Abah.

Thursday, June 24

Selamat tinggal Telekom Malaysia

Entri ini ialah sambungan dari entry sebelum nie. Seperti yang anda sedia maklum, saya telah pun menghabiskan cuti sejak 4 Februari 2010 walaupun tarikh bersara ialah 8 Mac 2010. Selepas 34 tahun berkhidmat di Telekom Malaysia Berhad cawangan Segamat, bersara jua saye akhirnya. Alhamdulilah. Selame saya bekerja di TM , pelbagai kenangan pahit manis yang telah saya tempuhi. Namun, ia terus menjadi pembakar semangat kepada saye untuk terus ke hadapan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih buat staf-staf yang pernah bekerja dengan saye kerane sanggup mengadekan majlis buat saye. Saye juge ingin meminta maaf kepade anda semua sekiranye terdapat salah silap saya semase menjalankan tugas.

Buat keluarge tersayang,
Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan kepade Abah sehingge Abah penceh. 




Saturday, June 19

Kembali semula

Bismillahirrahmannirrahim

Alhamdulillah.  Baru sekarang saya berkesempatan untuk mengupdate blog ini disebabkan terdapat beberape hal yang perlu diuruskan. Macam mane pun, saye cube untuk blogging secare ringkas.

Hari terakhir bekerja
4 FEB2010

bersambung.....