Thursday, June 24

Selamat tinggal Telekom Malaysia

Entri ini ialah sambungan dari entry sebelum nie. Seperti yang anda sedia maklum, saya telah pun menghabiskan cuti sejak 4 Februari 2010 walaupun tarikh bersara ialah 8 Mac 2010. Selepas 34 tahun berkhidmat di Telekom Malaysia Berhad cawangan Segamat, bersara jua saye akhirnya. Alhamdulilah. Selame saya bekerja di TM , pelbagai kenangan pahit manis yang telah saya tempuhi. Namun, ia terus menjadi pembakar semangat kepada saye untuk terus ke hadapan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih buat staf-staf yang pernah bekerja dengan saye kerane sanggup mengadekan majlis buat saye. Saye juge ingin meminta maaf kepade anda semua sekiranye terdapat salah silap saya semase menjalankan tugas.

Buat keluarge tersayang,
Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan kepade Abah sehingge Abah penceh. 




0 comments: