Sunday, December 27

Silver Anniversary for 25th years



Akad nikah di rumah pengantin perempuan Lubok Batu, Segamat
23 Disember 1984




Persandingan di rumah pihak pengantin lelaki, Melaka
25 Disember 1984




Hari ini 25 Disember 2009, genap 25 tahun usia perkahwinan kami...Jubli Perak la katakan...Syukur kehadrat Ilahi- kerana Allah memberikan usia, kesihatan, kebahagiaan dan rezeki disamping keluarga tersayang...Terima kasih juga kepada isteriku yang sentiasa bersama di dalam susah dan senang....memahami dan memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadaku dan anak-anak...

25 Tahun dahulu

Sempena tarikh ini, Along menjemput kami sekeluarga ke KL untuk bersama-sama meraikannya...Kami telah dibawa ke Madam Kwan's di Mid Valley...Di sana kami makan bersama dengan berbagai-bagai juadah....

bersama isteri tersayang

 sedang memilih menu yang sihat

Jijie dan Redza

Intan dan Diyana

Nanin dan dila

sebelum makan

berdoa untuk mendapat berkat

makan-makan


Aik...sedapnye makan...lupa yang lain


Kami terharu dengan kejutan yang diberikan...Tiba-tiba waiter datang dengan membawa cake disamping menyanyi lagu 'Happy Birthday'.....Kejutan yang nak diberikan kepada kami oleh anak-anak tiba2 menjadi kejutan juga bagi mereka....Mereka pelik dengan waiter yang datang dengan muka tak bersalah dan menyanyi lagu 'Happy Birthday' itu....GAWAT!!!!....Waiter ni dah salah faham....Mereka lupa majlis ini adalah majlis anniversary


Acara memotong kek 25 tahun lepas..

            
kini
     


 

Malu-malu...


Oh ya, lupa pula nak cerita...Majlis ini 2 + 1...Kerana meraikan anak bongsuku, Naznin Farzana Amer yang baru semalam mendapat keputusan PMR...Alhamdulillah, dia telah mendapat 7 A's....
hero2 abah along and jijie

Disamping isteri dan anak-anak perempuanku...



Cake dari Secret Recipe di sponsor oleh Ude....Majlis ini diakhiri dengan membaca doa selamat dan memotong cake....Disamping itu kami diberi hadiah oleh semua anak-anak....Terima kasih anak-anakku khususnya Along yang telah menaja dari awal hingga akhir kami di sana...Abah doakan semoga anak-anak Abah diberkati Allah, diperluaskan rezeki dan jadi anak yang soleh dan solehah..Mudah-mudahan kami dapat menyambut Jubli Emas perkahwinan kami yang ke-50....Insya-Allah....

Sunday, June 14

Wikend...

Alhamdulillah...baru berkesempatan tok tulis dlm blog ni...hari ni sikit bz la even hari ahad...nak g asrama tgk Nanin dan Dila....masing2 da dekat nak exam PMR dan SPM....di doakan semoga mendapat kejayaan yang cemerlang...amin....

Saturday, May 16

W.A.R.D.E.D

Baru keluar bilik operation...

I was warded on 29th April 2009....di Hospital pakar Muar...biase la...minor operation mate,katarak...da berusia ni,mcm2 dugaan penyakit muncul...disini
aku nak ucapkan terima kasih pd family aku for their full support and attention, adik beradik sebelah isteri mahupun adik beradik aku y sudi dtg melawat.....


Beginning

Alhamdulillah
terhasil jugak blog ni. da lame nak buat tp tak de kesempatan nak buat. ni Allah da bg ms dok umah bercuti, create la sesuatu y le mengisi mase lapang. hehehehe...
blog ni akan diupdate dr ms ke semasa klu ade wktu lapang...