Akad nikah di rumah pengantin perempuan Lubok Batu, Segamat
23 Disember 1984
Hari ini 25 Disember 2009, genap 25 tahun usia perkahwinan kami...Jubli Perak la katakan...Syukur kehadrat Ilahi- kerana Allah memberikan usia, kesihatan, kebahagiaan dan rezeki disamping keluarga tersayang...Terima kasih juga kepada isteriku yang sentiasa bersama di dalam susah dan senang....memahami dan memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadaku dan anak-anak...
Sempena tarikh ini, Along menjemput kami sekeluarga ke KL untuk bersama-sama meraikannya...Kami telah dibawa ke Madam Kwan's di Mid Valley...Di sana kami makan bersama dengan berbagai-bagai juadah....
bersama isteri tersayang
sedang memilih menu yang sihat
Jijie dan Redza
Kami terharu dengan kejutan yang diberikan...Tiba-tiba waiter datang dengan membawa cake disamping menyanyi lagu 'Happy Birthday'.....Kejutan yang nak diberikan kepada kami oleh anak-anak tiba2 menjadi kejutan juga bagi mereka....Mereka pelik dengan waiter yang datang dengan muka tak bersalah dan menyanyi lagu 'Happy Birthday' itu....GAWAT!!!!....Waiter ni dah salah faham....Mereka lupa majlis ini adalah majlis anniversary
bersama isteri tersayang
sedang memilih menu yang sihat
Jijie dan Redza
Intan dan Diyana
Aik...sedapnye makan...lupa yang lainKami terharu dengan kejutan yang diberikan...Tiba-tiba waiter datang dengan membawa cake disamping menyanyi lagu 'Happy Birthday'.....Kejutan yang nak diberikan kepada kami oleh anak-anak tiba2 menjadi kejutan juga bagi mereka....Mereka pelik dengan waiter yang datang dengan muka tak bersalah dan menyanyi lagu 'Happy Birthday' itu....GAWAT!!!!....Waiter ni dah salah faham....Mereka lupa majlis ini adalah majlis anniversary
Acara memotong kek 25 tahun lepas..
Malu-malu...
Oh ya, lupa pula nak cerita...Majlis ini 2 + 1...Kerana meraikan anak bongsuku, Naznin Farzana Amer yang baru semalam mendapat keputusan PMR...Alhamdulillah, dia telah mendapat 7 A's....
Cake dari Secret Recipe di sponsor oleh Ude....Majlis ini diakhiri dengan membaca doa selamat dan memotong cake....Disamping itu kami diberi hadiah oleh semua anak-anak....Terima kasih anak-anakku khususnya Along yang telah menaja dari awal hingga akhir kami di sana...Abah doakan semoga anak-anak Abah diberkati Allah, diperluaskan rezeki dan jadi anak yang soleh dan solehah..Mudah-mudahan kami dapat menyambut Jubli Emas perkahwinan kami yang ke-50....Insya-Allah....